Saturday, November 6, 2010

"PENGURUSAN CUP"

Alhamdulillah...

pertandingan badminton dpt dijalankan dgn lancar tanpa sbarang masalah yg besar...cuma bberapa msalah teknikal yg kecil (tp merbahaya) sprti kelewatan bermulanya pertandingan (lewat smpai 1jam setengah...hampeh btoi!!!) dan juga masalah bbrapa pemain yg xmuncul2 (nie stu lg yg hampeh...nyusahkan org lain mnunggu)...

pertandingan yg dibahagikan kpd dua kumpulan (satu kumpulan de 3 team), brmain dlm sistem liga. juara & naib juara kump. akan mara ke pusingan sparuh akhir dan akhir. team aku hanya mampu mendapat tempat ke-5 jek...(tension!!!).

antara gambar sepanjang pertandingan...












jumpa lg utk merebut "Pengurusan Cup 2011" insyAllah...

Thursday, November 4, 2010

Road to "Pengurusan Cup"

PENGUMUMAN!!!PENGUMUMAN!!!...

kpd smua staff SMK LAWAS yg trut serta dlm prtandingan badminton "Pengurusan Cup", sila buat prsiapan secukupnya utk bertarung habis2an esok. butir2 pertandingan scara ringkas adalah sperti brikut:

PERTANDINGAN BADMINTON "PENGURUSAN CUP" 2010
TEMPAT : INDOOR STADIUM, LAWAS.
MASA : 8AM

*utk kterangan lanjut, sila rujuk kpd En. Ambran Sanuin (pengurus prtandingan) @ En. Mohd Fadhil (urusetia pertandingan).

so, spe nk berasap kemenyan...bleh la contact aku..hahahaha

Sunday, October 31, 2010

Cuti2 Cinta part II

salam...

sprti yg dijanjikan pd post yg lpas, aku akan upload pics yg mnarik spanjang trip "Cuti2 Cinta" pd 29-31hb Okt 2010..sblum tue, ade sket prubahan destinasi pda saat akhir...kmi menuju ke Kundasang n Ranau utk memadatkan jadual xtiviti sbb de bbrapa tmpat yg hanya mngmbil msa yg singkat...hahahaha

njoy my pics spnjang xtiviti nie: (selected jek...tenet slow,mlas tggu lama2 nk upload)


Tamu Besar Kota Belud (setahun skali):

pengadil FIFA caw. Kota Belud

pertandingan "Sepak Raga"

mcm main judi jer!!!


"TAGAL" Sg. Moroli, Kg. Luanti, Ranau:

best ble disedut2...hahaha

Iman mcm nk trjun je...hehehe


Kundasang:

-THE END-

Thursday, October 28, 2010

cuti2 cinta

nie bkn crite wayang yg rmai org giler2kan tue!!!(best sgt ker???), mgkin utk org yg bujang n sdg dilamun cinta, suka la tgk crite2 cmtu kot...

nie crite aku ngn fmly aku (Ummi + Nur Safiyya) plan nk mkn angin mggu nie...insyaAllah klu xde pe2 prob, ssudash solat jumaat akan mula berangkat ke K.Kinabalu...dh brminggu2 asyik trperap kat umah, mggu nie kita outing mghirup udara segar...huhuhu

destinasi yg dirancang stakat nie (brsma En. Fadhil) lbih kurag cmnie:

Jumaat: brtolak ke KK n brmalam
sabtu : pagi- brtolak ke kota belud (Tamu Besar sthaun skli)
petang- pulang ke KK (aktiviti santai), brmalam di KK
Ahad : brtolak pulang ke Lawas...

amacam???nie bru le dkatakan cuti2 cinta (versi bajet la...hahahaha)

*tggu pics yg mnarik spanjang xtviti cuti2 cinta nie ye....

Tuesday, October 26, 2010

KONSERVATIFkah kita????

Islam Dan Ekonomi Saling Memerlukan:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.”

Riwayat at-Thabrani


Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka tetapi mesti dalam batasan syariah yang dibenarkan. jika kita selidiki dgn lbih trperinci,
kedhaifan ekonomi umat Islam sebahagiannya adalah berpunca daripada kegagalan mereka sendiri mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.

memisahkan kehidupan seharian dgn Islam adalah stu ksilapan yg maha besar yg sering dilakukan oleh msyarakat dunia kini. mereka hanya melihat Islam adalah agama yg mngandungi soal2 ibadat dan ketuhanan sahaja padahal islam adalah agama yang Syumul, lengkap dari stiap sudut dan inci kehidupan manusia.

tak kurang hebatnya,ada segolongan manusia yg sanggup menjadi hamba kpd harta. Harta bukanlah untuk tujuan keduniaan semata-mata tetapi juga untuk tujuan keakhiratan dan melaksanakan ibadat. Contohnya untuk menunaikan ibadah haji umat Islam memerlukan wang yang banyak bagi menampung kos dan perbelanjaan dengan secukupnya.

Adalah penting untuk umat Islam menguasai semua peringkat kegiatan ekonomi seperti menjadi pembekal, pengusaha dan pemasar dalam sesebuah industri di mana selain daripada dapat mengelak ia dimanipulasi dan ditindas oleh orang lain, mereka juga dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi umat Islam secara keseluruhannya. Hal ini juga termasuk dalam konteks jihad yang dituntut oleh agama. Sikap mengabaikan keperluan ekonomi di dunia akan melemahkan kedudukan serta martabat orang Islam itu sendiri. Dalam masa yang sama ia memudahkan umat Islam dieksploitasikan oleh orang lain.

berdasarkan sdikit huraian di atas, keterkaitan antara ekonomi dan agama mempunyai suatu kelangsungan yang amat jelas.malangnya, manusia yang menganggap diri mereka golongan yang "bertamadun" dan serba serbi "moden" ini, menggangap hal2 keduniaan terutamanya bagi cabang ekonomi, sama sekali tidak boleh dicampur adukkan dengan agama. sekiranya hal ini berlaku, ianya dianggap sebagai "KONSERVATIF".

lemparan gelaran yang diberikan ini amat2 menyakitkan dan amat menyentuh sensitiviti agama.
ia menggambarkan Islam sutu agama yang masih belum lengkap dan hanya dibicarakan apabila ianya berkaitan soal keakhiratan semata2.

baru2 ini negara kita digemparkan dengan kenyataan pemimpin kesayangan kita tentang kenginannya yang mahu menjadikan negara "Islam" Malaysia ini menjadi HUB pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan sejajar dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP). ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, penganjuran konsert utama dan juga melonggarkan garis panduan utk penghibur.

kenyataan sebegini amat2 mengejutkan ramai pihak terutamanya kaum muslimin dan muslimat. imej Islam tercalar akibat kedangkalan dan kecelaruan pemikiran umatnya sendiri. tidakkah kita terfikir akan implikasi dari perkara ini. lebih banyak kelab2 malam, lebih banyak la gejala sosial berlaku, lebih banyak la kaki2 botol, lebih banyakla anak luar nikah dan lebih bertambahla kes2 buruk yang lain.


PROMOSI AKHLAK

bukankah banyak lagi cara dan kedah untuk meningkatkan taraf ekonomi negara???cadangan penulis untuk masalah ini ialah, apa salahnya jika kita mempromosikan akhlak. ini adalah kerana, kaedah ini sudah terbukti berjaya. baginda Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda hanya bermodalkan akhlak sebagai senjata utama untuk menarik minat masyarakat ketika itu mendampingi dan memeluk Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia”.


Riwayat Abu Daud


oleh itu, setiap Muslim hendaklah berusaha mempertingkatkan kualiti akhlaknya agar menjadi baik dan lebih baik sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini kerana setiap amalan akan dihitung dan dihisab di akhirat kelak. Mukmin yang mempunyai akhlak mulia, bukan sahaja mendapat kemulian di dunia, bahkan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah di akhirat nanti.