Friday, June 18, 2010

Setitis Kasih Sesuci Embun


(gambar sekadar hiasan)


Seruan azan 7 Rejab 1431 / 19 Jun 2010, btoi2 meluluhkan hati ego dan menitiskan airmata jantan aku...tatkala aku mengazankan seruan keramat ke telinga puteriku, seluruh tubuh mnjadi lemah x brmaya, menggigil tak ketahuan hala....cukup besar kurniaan "Khaliq" kpd hambanya...

Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan? (al-Rahman:16)

sengaja aku menghalakan suara aku tepat2 ke telinga puteriku...aku mahu ianya adalah kalimah tayyibah yg prtama yg didengarnya...aku memohon agar Allah s.w.t. sntiasa melindungi puteri baru umat nabi Muhammad s.a.w dari godaan dan juga pujuk rayu syaitan yg direjam.

Kasih ibu membawa ke syurga

selama 9 bulan 10 hari puteriku menumpang ihsan diperut Ummi nya, selama itulah aku lihat betapa susah dah peritnya isteriku menjaganya...wlupun aku tidak merasainya sendiri, tapi mata dan telinga aku sntiasa mnjadi saksi kepayahan yg dialami Ummi...

Alhamdulillah...Allah s.w.t. memberi peluang kpd aku utk blaja dan memikirkan sesuatu. memikirkan ttg btapa besarnya pengorbanan dan jasa ibu yg mengandung dan membesarkan anaknya. Sungguh mulia seorang yg brgelar Ummi...langsung tidak mggambarkan kesusahan dan keperitan yg dilaluinya; tiada keluh kesah, merungut mahupun ekspresi muka yg mggambarkan kepayahan trsebut.

SUBHANALLAH!!!

Abu Hurairah r.a pernah meriwayatkan pernah Muawiyah bin Haidah al-Qusairi bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yg wajib ditaati? jawab Rasulullah s.a.w ; "ibumu". tiga kali baginda ditanya dan tiga kali jugalah jawapan yg sama diberikan. yg terakhir barulah baginda s.a.w menyatakan; "ayahmu, kemudian yg trdekat dan yg dari kerabat."

drpd hadis trsebut, jelas memberitahu kpd kita bhwa jasa pgorbanan ibu tiada tolok bandingnya, tiada galang gantinya dan tiada penebusnya. aku teringat cerita dari tok guruku tentang kisah seorag lelaki Yaman yang mndukung ibunya dengan penuh cermat sambil melakukan tawaf. setelah selesai tawaf, beliau jumpa dan brtanya kpd Ibnu Umar; apakah dgn khidmat dan pgorbanan ku ini dapat membalas jasa bakti ibuku terhadapku? jawab Ibnu Umar; tidak...apa yg kamu lakukan tadi tidak dpt menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALLAHUAKBAR......

semoga coretan ini dapat diambil iktibar terutama pd diriku,isteriku,puteri sulungku, saudara2ku, sahabat2ku....wallahualam

I LOVE YOU UMMI...

my lovely princess