Thursday, July 8, 2010

Ada apa dengan SOTONG???



Firman Allah S.W.T di dalam ayat 65, Surah An-Naml:

Maksudnya: “Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).”

Disebut juga di dalam hadith Riwayat Imam Muslim,

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ اَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً

Ertinya: “Barangsiapa yang mendatangi tukang tenung, lalu dia menanyakan tentng sesuatu, tidak diterima Allah solatnya selama 40 malam.”

Disebut juga di dalam hadith lain oleh Imam Ahmad;

مَنْ أَتَى عَرَّافًا اَوْ كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِما يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِما اُنْزِلَ عَلى مُحَمَّد

Maksudnya: “Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau tukang nujum / bomoh / dukun lalu membenarkan kata-katanya maka sungguh dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad.”


**Renungan

Penulis berasa amat sedih dan kecewa dgn sikap segelintir shabat2 skeliling yg kadangkala brsikap keterlanjuran brkata2, terlajak mengatur bicara dan brtindak diluar batasan syariat...

mmg tidak dpt dinafikan, kehangatan bahang piala dunia sudah hmpir smpai ke kemuncaknya...kaki2 judi juga byk yg telah hangus pertaruhannya......namun dlm kghairahan mnyokong pasukan pilihan masing2, sbgai Umat Islam seharusnya kita mnjaga batas2 syariat agar tidak trgelincir dri landasan Ad-Din yg sbenar...


1) Syirik Khafi:

amat2 ditakuti kerana prbuatan ini sering trjadi tanpa kita sedari...syirik yg trsembunyi ini sering mnjadi musuh dlm selimut utk umatIslam....hanya krna kebetulan sang sotong mmbuat tekaan yg tepat, manusia yg mmpunyai iman yg tipis dan rapuh terus mmprcayai bhwa sotong ini mmpunyai KEAJAIBAN luarbiasa....

dimana letaknya akal yg sihat, sehinggakan manusia yg Allah jadikan sebaik2 kejadian pun tidak mampu membuat prtimbangan yg waras...MASYARAKAT!!!!!!!

Awas!!!kpercayaan trhdap prkara2 sperti ini, boleh mnjerumuskan diri anda ke lembah kesyirikan......


2) Berjudi:

“Hai orang-orang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi (Al-Maisir), (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib adalah rijs (najis, perbuatan keji) termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum khamar) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakannya).” (Al-Maidah : 90 – 91)


Berdasarkan dalil-dali di atas dapat disimpulkan bahawa Islam menjadikan judi sebagai satu kesalahan yang serius dan memandang hina apa jua bentuk judi. Ini dapat dilihat dari petunjuk-petunjuk berikut; i. Judi disebut dan diharamkan bersama dengan perbuatan minum arak, berkorban untuk berhala (syirik) dan menenung nasib. Kesemua ini adalah dosa besar di dalam Islam. ii. Judi disifatkan sebagai najis untuk menggambarkan kekejiannya. iii. Kehinaan judi diperkuatkan dengan pernyataan bahawa ia adalah amalan syaitan. iv. Allah menggunakan perkataan ‘Jauhilah’ untuk menunjukkan pengharamannya. Perintah menjauhi judi lebih keras dari mengatakan bahawa ia adalah haram. Ertinya umat Islam bukan hanya dituntut untuk tidak berjudi tetapi juga tidak mendekatinya atau apa jua jalan kepadanya. Ini sama seperti larangan dari mendekati zina.


* wahai sahabat2ku...jauhilah tabiat2 x sihat ini...lazimkan lah brdoa agar diri kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah s.w.t:


"Ya Allah, kami brlindung kepadaMu dari menyekutukan Engkau dengan sesuatu yg kami ketahui dan kami memohon keampunan dari (menyekutukanMu) dengan sesuatu yg tidak kami ketahui" -Ameen..