Tuesday, October 26, 2010

KONSERVATIFkah kita????

Islam Dan Ekonomi Saling Memerlukan:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.”

Riwayat at-Thabrani


Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka tetapi mesti dalam batasan syariah yang dibenarkan. jika kita selidiki dgn lbih trperinci,
kedhaifan ekonomi umat Islam sebahagiannya adalah berpunca daripada kegagalan mereka sendiri mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.

memisahkan kehidupan seharian dgn Islam adalah stu ksilapan yg maha besar yg sering dilakukan oleh msyarakat dunia kini. mereka hanya melihat Islam adalah agama yg mngandungi soal2 ibadat dan ketuhanan sahaja padahal islam adalah agama yang Syumul, lengkap dari stiap sudut dan inci kehidupan manusia.

tak kurang hebatnya,ada segolongan manusia yg sanggup menjadi hamba kpd harta. Harta bukanlah untuk tujuan keduniaan semata-mata tetapi juga untuk tujuan keakhiratan dan melaksanakan ibadat. Contohnya untuk menunaikan ibadah haji umat Islam memerlukan wang yang banyak bagi menampung kos dan perbelanjaan dengan secukupnya.

Adalah penting untuk umat Islam menguasai semua peringkat kegiatan ekonomi seperti menjadi pembekal, pengusaha dan pemasar dalam sesebuah industri di mana selain daripada dapat mengelak ia dimanipulasi dan ditindas oleh orang lain, mereka juga dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi umat Islam secara keseluruhannya. Hal ini juga termasuk dalam konteks jihad yang dituntut oleh agama. Sikap mengabaikan keperluan ekonomi di dunia akan melemahkan kedudukan serta martabat orang Islam itu sendiri. Dalam masa yang sama ia memudahkan umat Islam dieksploitasikan oleh orang lain.

berdasarkan sdikit huraian di atas, keterkaitan antara ekonomi dan agama mempunyai suatu kelangsungan yang amat jelas.malangnya, manusia yang menganggap diri mereka golongan yang "bertamadun" dan serba serbi "moden" ini, menggangap hal2 keduniaan terutamanya bagi cabang ekonomi, sama sekali tidak boleh dicampur adukkan dengan agama. sekiranya hal ini berlaku, ianya dianggap sebagai "KONSERVATIF".

lemparan gelaran yang diberikan ini amat2 menyakitkan dan amat menyentuh sensitiviti agama.
ia menggambarkan Islam sutu agama yang masih belum lengkap dan hanya dibicarakan apabila ianya berkaitan soal keakhiratan semata2.

baru2 ini negara kita digemparkan dengan kenyataan pemimpin kesayangan kita tentang kenginannya yang mahu menjadikan negara "Islam" Malaysia ini menjadi HUB pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan sejajar dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP). ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, penganjuran konsert utama dan juga melonggarkan garis panduan utk penghibur.

kenyataan sebegini amat2 mengejutkan ramai pihak terutamanya kaum muslimin dan muslimat. imej Islam tercalar akibat kedangkalan dan kecelaruan pemikiran umatnya sendiri. tidakkah kita terfikir akan implikasi dari perkara ini. lebih banyak kelab2 malam, lebih banyak la gejala sosial berlaku, lebih banyak la kaki2 botol, lebih banyakla anak luar nikah dan lebih bertambahla kes2 buruk yang lain.


PROMOSI AKHLAK

bukankah banyak lagi cara dan kedah untuk meningkatkan taraf ekonomi negara???cadangan penulis untuk masalah ini ialah, apa salahnya jika kita mempromosikan akhlak. ini adalah kerana, kaedah ini sudah terbukti berjaya. baginda Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda hanya bermodalkan akhlak sebagai senjata utama untuk menarik minat masyarakat ketika itu mendampingi dan memeluk Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia”.


Riwayat Abu Daud


oleh itu, setiap Muslim hendaklah berusaha mempertingkatkan kualiti akhlaknya agar menjadi baik dan lebih baik sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini kerana setiap amalan akan dihitung dan dihisab di akhirat kelak. Mukmin yang mempunyai akhlak mulia, bukan sahaja mendapat kemulian di dunia, bahkan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah di akhirat nanti.